Friday, February 12, 2010

Lukisan Kanak-Kanak Mangsa Deraan Seksual






Sebenarnya kanak-kanak terutama yang masih kecil tidak tahu bagaimana hendak bercerita, trauma dan takut untuk memberitahu penderaan yang berlaku kepada diri mereka

dalam kes deraan seksual umpamanya, kebanyakan mangsa lebih suka meluahkannya dalam bentuk lukisan, ini kerana lukisan lebih dekat di jiwa kanak-kanak. Maka kita sebagai kaunselor yang juga akan menjadi ibu bapa suatu hari nanti perlu lebih peka dan prihatin tentang perkara yang melibatkan anak-anak dan juga pelajar kita. dengan tindakan kita yang lebih peka dan prihatin dapat menyelamatkan nyawa, emosi, mental, jiwa, maruah dan masa depan mereka.... INGATLAH KITA MERUPAKAN ORANG KEDUA PALING HAMPIR SETELAH IBU BAPA MEREKA....

Apabila anak atau pelajar anda melukis gambar-gambar yg boleh menimbulkan keraguan (bersifat seksual) janganlah terus memarahi mereka. tanyalah lebih lanjut tentang gambar itu, misalnya siapa di dalam gambar yang dilukis itu, apa cerita dalam gambar itu. tindakan betanya lebih lanjut mampu merungkai segala rahsia yang berlaku keatas diri mereka. kita tidak boleh ambil ringgan lukisan sebegini kerana inilah yang berada di kotak pemikiran mereka....
Semoga keprihatinan dan kepekaan kita dapat menyelamatkan mereka daripada terus dibelenggu pemangsa yang bertopengkan manusia...


Monday, February 1, 2010

KE MANA ANDA SELEPAS SPM ?.



salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini dan tidak lupa kepada yang sedang menanti keputusan peperiksaan SPM mereka pada tahun ini... adakah anda sudah mengetahui dan mempunyai hala tuju yang jelas selepas memperoleh keputusan anda kelak ?. adakah anda yakin keputusan anda mampu membawa anda kepada matlamat dan cita-cita yang anda genggam selama ini..

perlu disedari setiap daripada kita masing-masing mempunyai cita-cita dan minat yang berbeza, maka sudah tentu hala tuju anda selepas SPM ini jaga berbeza... disinilah kawan-kawan kita akan membawa haluan masing-masing bagi mengejar cita-cita begitu juga dengan saya, dan anda juga. bagi sesiapa yang terlibat dalam peperiksaan SPM ini atau yang mempunyai adik, sepupu, saudara mara, kawan-kawan yang sedang menunggu keputusan SPM. boleh la mengambil sedikit sabanyak maklumat yang saya kongsikan dibawah ini agar mampu memberi hala tuju dan sinar pandangan kepada anda dalam mengapai cita-cita. buatlah pilihan yang tepat untuk masa hadapan anda.. THE POWER IN YOUR HANDS..






































Antara IPTA yang terdapat di Malaysia...